Aku..
Berlari dan terus berlari,
Mencari haluan diri,
Sudah tersurat oleh Ilahi.
Aku pasrah,
Tapi ini lumrah,
Fitrah telah mengata,
Tapi aku terngada,
Tinggal aku hilang tak ada.
Cinta pernah datang,
Tapi tak kekal lama,
Apa yang kekal,
Hanya untuk yang Esa.
Esa itu satu,
Tiada yang menyekutu
Doa dan restu aku dahulu.
Aku mahu berjaya,
Tapi mungkin tak berdaya,
Tapi juga mungkin ada,
Cuma perlu usaha.
Pening aku memikir masa kelak,
Apa aku jadinya,
Yakin,
Ini ketentuan dari-Nya.